Bahasa: EN | BM |

Ikat Besi Dalam Pembinaan

Pengetahuan terhadap besi keluli bar adalah sangat penting di dalam memastikan kekuatan struktur sesebuah pembinaan. Ianya memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelatih supaya dapat melakukan kerja-kerja tetulang bar untuk bangunan / rumah dua tingkat termasuk memotong, membengkok, mengikat dan menempat tetulang pada posisinya dengan mengambil kira faktor-faktor keselamatan

 
SINGKATAN IKAT BESI


Y – Singkatan untuk bar berkekuatan tinggi, samada secara gelekan panas (BS 449) atau diproses semasa sejuk (BS 4461). Ini diandaikan hanya satu jenis bar kekuatan tinggi yang digunakan dalam pekerjaan tetulang keluli.

R – Singkatan untuk keluli bar lembut yang dibuat dengan cara gelekan panas (BS 4449).

X – Singkatan untuk sebarang gred keluli yang digunakan sebagai tetulang dan diterangkan di dalam dokumen kontrak.

 
LUKISAN IKAT BESI

Lukisan jelas besi / pelan besi menunjukkan garis luar, konkrit iaitu di mana keluli bar tersebut patut diletakkan samada untuk papak, asas, dinding, rasuk, tiang dan sebagainya. Pelan atau lukisan pandangan seharusnya terdapat semua data pengenalan berkaitan besi tetulang dengan mengenalpasti nombor, jenis, saiz, tanda dan lokasi.

Pelbabagai aktiviti termasuk dalam duti pemasang tetulang keluli yang berbeza dari satu tempat ke satu tempat.

Skop pekerjaan pemasang / pembengkok besi bar yang biasanya terlibat ialah untuk:

  • Mengeluarkan jadual berbentuk dari lukisan jelas.
  • Memeriksa ketepatan jadual bentuk
  • Merancang perlaksanaan membentuk besi mengikut keperluan fasa.
  • Memeriksa pengeluaran bahan.
  • Memotong dan membengkok besi bar di tapak.
  • Memasang besi tetulang
  • Meletak, menanda, dan mengikat mengikut kedudukan
  • Memasang blok perenggang.
  • Pemeriksaan terakhir sebelum kerja – kerja konkrit dijalankan.

Blok Perenggang atau “concrete spacer” perlu disediakan sebelum selesai kerja besi / tetulang. Blok peranggang ini amat penting bagi menentukan jarak tetulang dan permukaan konkrit, ia mengelakkan keluli bar dari melentur dan memastikan tetulang tidak bergerak semasa kerja konkrit sedang di jalankan.

 
JENIS – JENIS BESI TETULANG KELULI/BAR

Bar keluli lembut (Mild Steel Bar)
Bentuknya bulat dan licin bersimbolkan huruf R. Jenis ini mempunyai saiz dan simbol yang tetap (non standard) bersimbolkan huruf M, MS, MR

Bar keluli tegangan tinggi (High Tensile /  Yield Bar)
  • Bar bergerutu (Deformed bar) (Keluli Bar Keras / Bunga) – Kod BS 4449
  • Bar segi berpintal (Square Twisted Bar) (Berbentuk empat segi)
  • Bentuknya bulat, bulat empat segi bersimbolkan huruf-huruf dan tanda berikut; H, HY, HT. Kedua-dua bar ini dicacatkan (bergerutu/Bunga) bagi menyediakan lekatan yang lebih baik dan pegangan yang kemas.

Welded Steel Fabric Reinforcement (British Reinforncement Concrete / British Rool Coil (BRC)
Bentuk berjejaring empat segi tepat atau empat segi bujur dalam kepingan,. Ia juga disediakan dalam bentuk bergulung kepingan. BRC ini dibuat daripada keluli yang berukuran garispusat 2.5mm hingga 120mm. Panjang kepingan tersebut ialah 4.8 m dan lebarnya 2.4 m. BRC ini dibuat daripada keluli yang sama ukuran garis pusat berlainan ukuran garis pusat. BRC juga terdapat jenis yang berbunga/keras (bersaiz dan simbol A8, A10, dan lain-lain).

Wayar keluli tegangan tinggi (Hard Drawn Mild Steel Wire), keluli berjaring (Steel Fabric Mesh), keluli tahan karat (Stainless Steel).

 
JENIS IKATAN BESI YANG BIASA DIGUNAKAN DI TAPAK BINA

  • Ikatan besi ‘Slash’
  • Ikatan besi ‘Ring Slash’
  • Ikatan besi ‘Hair Pin’
  • Ikatan besi ‘Ring Hair Pin’
  • Ikatan besi ‘Crown’
  • Ikatan besi ‘Splice’

18 Mar 2022