Bahasa: EN | BM |

Apa tu BRC mesh?

‘BRC’ adalah singkatan bagi perkataan ‘British Reinforced Concrete’. Ia merupakan ‘steel bar’ yang disusun membentuk susunan empat segi ‘wire mesh’ sama ada melalui kaedah pamaterian (weld) atau sulaman (woven). Susunan ini kemudiannya dikenali sebagai ‘BRC Panel’ (Panel BRC). Didatangkan dalam pelbagai variasi ketebalan bergantung kepada saiz panel. Kegunaan asalnya adalah sebagai ‘penguat’ struktur konkrit bagi sesebuah bangunan atau struktur dalam industi pembinaan.
 
Kemudian panel ini divariasikan menjadi ‘weld fence’. Panel BRC ini disaluti melalui proses galvanisasi sama ada ‘hot dip galvanised’ atau ‘electro plating galvanised’. Proses galvanisasi ini bagi membolehkan panel BRC ini dapat bertahan dalam segala rintangan cuaca terutamanya keadaan yang menyebabkan karat.
 
BRC ada dalam kepingan dan juga dalam gulungan, sesuai untuk industri pembinaan. BRC adalah pilihan yang paling cekap, ekonomikal, dan berdaya maju sering dengan konkrit.

Penggunaan BRC dalam industri pembinaan membantu untuk menjimatkan kos dan juga masa dimana ia mudah untuk diurus dan boleh didapatkan dengan kos yang rendah dengan kualiti yang menyakinkan. Ia dihasilkan dengan wayar yang dikimpal dalam tikar supaya wayar itu tidak bergerak apabila konkrit diletakkan, ia juga memastikan kedudukan wayar yang betul.
Helaian ataupun kepinggan Mesh ini direka khas untuk menemuhi adn untuk memudahkan aplikasi dalam pelbagai kegunaan.
Penghasilan BRC ini dengan pelbagai saiz dengan jarak lubang yang berbeza bukan semata-mata untuk kecantikan malahan ia bertujuan untuk memastikan pengukuhan yang optimum oleh dawai tersebut. Anda boleh mendapatkan Mesh ini dalam gulung dan juga secara lembaran.




22 Mar 2022